Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Untuk makluman, bayaran i-Citra KWSP sudah masuk secara berperingkat untuk bayaran bulan pertama iaitu bulan Ogos. Kita semua difahamkan bahawa bayaran i-Citra KWSP mula dikreditkan seawal 2 Ogos 2021.
Hal ini telah melegakan hati setiap pemohon yang telah membuat permohonan pengeluaran wang simpanan milik mereka bagi membantu sedikit sebanyak meneruskan kelangsungan hidup pada musim pandemik yang kian mencabar ini.
Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 i-Citra KWSP
Seperti yang dikongsikan di bawah, segelintir pemohon yang telah mendapat pembayaran pengkreditan KWSP i-Citra ke dalam akaun masing-masing.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: t.me/portalsemakan
Portal Info akan kongsikan cara semakan bayaran i-Citra anda.
Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021
Cara Semakan Tarikh Bayaran Melalui i-Akaun
Cara semakan adalah seperti berikut:
-
- Sila buka aplikasi i-Akaun melalui telefon bimbit atau laman web rasmi.
- Buka laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah anda daftarkan.
- Semak pada bahagian PENGELURAN / WITHDRAWAL.
- Sila klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’.
- Seterusnya klik pada paparan yang bertulis i-Citra.
Tarikh Bayaran
Untuk pengetahuan anda, bayaran i-Citra juga sama seperti i-Sinar sebagaimana telah ditetapkan oleh pihak KWSP dan anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
-
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (ini bermaksud jika anda menerima bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan diterima sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja); ATAU
- Maksimum dalam tempoh dua minggu; ATAU
- Sebelum akhir bulan berkenaan.
Pihak pegawai KWSP juga telah memaklumkan bahawa setiap pemohon boleh membuat semakan status mereka bagi mendapatkan info lanjut dan yang terkini mengenai maklumat pembayaran i-Citra mereka.
Bagi anda yang ingin menyemak status permohonan anda, boleh rujuk dua (2) kaedah semakan secara online di bawah.
Cara Semakan Bayaran
A) Melalui Laman Web i-Citra KWSP
-
- Sila layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/
- Tekan pada pautan Semakan Status.
- Sila masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
- Boleh tekan pada butang Semak Status.
- Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.
B) Melalui Laman Web i-Akaun KWSP
-
- Sila buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Boleh log masuk menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.
- Sila klik pada menu “Withdrawal History & i-Citra”.
- Status permohonan anda akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud telah LULUS.
Maklumat Lanjut
- Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
- Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia)