Baru baru ini, Perdana Menteri Dato Ismail Sabri telah pun mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Khas Covid-19(BKC) yang telah ditangguhkan untuk beberapa minggu. Melalui kenyataan yang diucap oleh beliau, bayaran BKC akan bermula pada tarikh 6 September sehingga 10 September 2021. Menurut Perdana Menteri pada rabu yang lepas, proses pengkreditan Fasa 1 BKC akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021. Dibawah ialah maklumat tarikh bayaran mengikut golongan tertentu.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
1. Golongan Miskin Tegar & B40
-
- Bayaran secara berperingkat bermula 6 September 2021
2. Golongan M40
-
- Bayaran secara berperingkat bermula 9 September 2021
3. Bagi individu yang tidak mempunyai akaun bank
-
- Tebus di mana-mana kaunter BSN bermula 6 September
Bayaran Tidak Rasmi Telah Bermula?
Bayaran BKC dikatakan telah dikreditkan ke akaun bank beberapa orang individu dan ia diberitakan pada petang Jumaat 3/9/2021. Setelah dikenalpasti sumber dan bukti yang sahih, bayaran tersebut benar-benar berlaku. Untuk bayaran awal ini, hampir ke semua penerima merupakan pemilik akaun Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bagi penerima yang masih belum dikreditkan bayaran, Sila bersabar kerana pembayaran dilaksanakan secara berperingkat.
Ini beberapa bukti pembayaran yang ditemui dimedia sosial
Jumlah Bayaran
Jumlah sebenar bayaran BKC untuk fasa 1, berikut ialah jumlah pembayarannya:
1. Golongan Miskin Tegar
-
- Isi Rumah – RM 500
- Warga emas/Sebatang kara – RM 200
- Bujang – RM 200
2. B40
-
- Isi rumah – RM 500
- Warga emas – RM 200
- Bujang – RM 100
3. M40
-
- Isi rumah – RM 250
- Warga emas – RM 100
- Bujang – RM 100