Pengeluaran KWSP berjumlah RM10,000 seperti yang dibenarkan kerajaan bermula pada 1 april nanti adalah diwajibkan ke atas individu untuk membayar zakat sebanya 2.5%.
Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman mengatakan pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa beban dan masalah kewangan
“Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat,” jawabnya dalam Berita AlHijrah.
Dalam pada itu, beliau menegaskan pembayaran zakat adalah TIDAK WAJIB bagi yang memerlukan pengeluaran KWSP RM10000 dalam keadaan terdesak.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
“Jika pengeluaran dibuat oleh individu terbabit melibatkan pengeluaran untuk meneruskan kehidupan ataupun disebabkan oleh desakan ekonomi dan seumpamanya, maka pengeluaran yang sebegini tidak dikenakan zakat,” katanya.
Tambah beliau lagi, terdapat syarat pengecualian untuk beberapa jenis invididu:
- Individu yang mengunakan wang untuk teruskan hidup
- Golongan yang ada hutang perlu dilangsai segera
- Memerlukan keperluan asas seperti perubatan dan pendidikan dan berbagai lagi.