Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 Untuk Bank BSN

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 Untuk Bank BSN,  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Menurut Perdana Menteri, ia merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Tarikh Bayaran Untuk Pengguna Bank Simpanan Nasional

Jika anda tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula diterima pada:

  • 30 Mac 2022
Bayaran dilaksanakan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Menurut PM, BSN telah merangka panduan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Kategori Penerima Bkm Fasa 1 Mengikut Jumlah Bayaran

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak: RM1,000
    • 1 – 2 anak: RM1,500
    • Anak melebihi 3: RM2,000
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak: RM400
    • 1 – 2 anak: RM600
    • Anak melebihi 3: RM800

Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • Tiada anak: RM600

Kategori Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Tiada anak: RM350

Berdasarkan kenyataan PM, isi rumah, warga emas dan individu bujang akan terima bayaran pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 ,dikredit terus ke bank masing-masing.

“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya.

Leave a Comment