Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Belanjawan 2022 | Nilai Baucar Perlindungan Insurans Dinaikkan
Bajet 2022 dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama.
Kerajaan amat prihatin berkenaan keselamatan sosial setiap rakyat di negara ini. Apatah lagi berkenaan perlindungan diri mereka adakah dilindungi dalam aspek kewangan atau pun tidak. Terutama sekali bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Ramai diantara mereka mengelak dari membiayai insurans diri atau yang tersayang kerana faktor kewangan yang hanya cukup untuk keperluan penting. Jadi, kerajaan telah mewujudkan sebuah baucar pada bajet 2021 yang lepas. Pada bajet 2022 yang baru saja dibentangkan, nilai baucar ini telah dinaikkan supaya rakyat boleh menikmati pelbagai pilihan pakej insurans takaful.
Matlamat Bajet 2022
Bajet 2022 mengutamakan jenis bantuan seperti perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.
Bukan itu saja, teras utama dalam bajet 2022 ini memfokuskan pada 3M iaitu :
-
- Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
- Membina Semula Daya Ketahanan Negara
- Memangkin Pembaharuan
Peruntukkan untuk bajet 2022 akan dinaikkan berbanding bajet 2021 . Setelah memperincikan matlamat dalam memelihari kebajikan rakyat , kerajaan akan menampilkan beberapa penambahbaikkan dan pengenalan kepada bantuan dan inisiatif baru.
Program Baucar Perlindungan Tenang
Sebelum ini jumlah baucar perlindungan tenang ialah bernilai RM50. Didalam bajet 2022 , ia telah dinaikkan kepada RM75. Ini ialah peluang untuk rakyat memilih pakej insurans yang lebih baik asalkan kurangkan dari RM150 dengan syarikat syarikat insurans yang berdaftar dan memberi jaminan keselamatan sosial atas kerjasama bersama pihak kerajaan.
Program baucar ini khusus Untuk Golongan B40 yang memiliki pendapatan rendah.
Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022
Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:
- Laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/ms/ atau https://www.mof.
- Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
- Facebook Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia
Semoga belanjawan 2022 kali ini memberi manfaat untuk semua rakyat Malaysia.
Kongsikan kepada rakan ,kenalan dan keluarga.