Barita Terkini : Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026.

Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan sesi persekolahan akan disambung pada Januari mulai 2026.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan usaha dengan merancang mengawal kelendar akademik bagi sesi 2024/2025 bermula Februari 2025.

“Kalendar persekolahan dirancang bermula Januari 2026,” katanya semasa soalan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Aminhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanyakan apakah langkah kementerian bagi memastikan keledar persekolahan diikuti semua pihak dan tahun mana persekolahan boleh bermula awal Januari ini.

Fadhlina berkata, beliau berharap dengan pengumuman ini aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak terlibat.

“Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara, cuti guru seperti yang telah kita umumkan dalam 10 inisiatif sempena hari guru boleh diatur berdasarkan kalendar akademik sekolah yang akan diwartakan.

“Dengan pengumuman ini, KPM memastikan kesejahteraan semua pihak diutamakan demi mencapai hasrat Pelajar Bahagia, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera,” katanya.

Leave a Comment