Bantuan Warga Emas RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti. Ianya merupakan bantuan daripada kerajaan dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) khas untuk golongan yang memerlukan.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/bantuankerajaan
Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Pemohonan
- Permohonan Bantuan Orang Tuan (BoT) boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di mana pemohon tinggal.
- Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau e-mail.
Dokumen Yang Diperlukan
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada),
- Gambar berukuran passport
- Dokumen sokongan lain (jika ada).
Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Orang Tua JKM di bawah:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Maklumat Lanjut
Untuk info terkini tentang Bantuan Orang Tua / Warga Emas (BoT) atau bantuan-bantuan lain, sila layari laman web JKM di http://www.jkm.gov.my/ atau Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045