Bantuan Warga Emas JKM | Sebulan RM500

Bantuan Orang Tua (BOT) adalah salah satu bantuan inisiatif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Sila rujuk informasi dibawah mengenai Bantuan BOT daripada JKM ini.

Bantuan Orang Tua (Bot) Online

Bantuan Orang Tua ini diwujudkan untuk membantu orang tua Malaysia dalam meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti , memudahkan urusan serta meringankan beban.

Berapakah Jumlah Bantuan?

Kerajaan telah memberikan kadar sebanyak RM500 sebulan untuk seorang pemohon yang tertakluk kepada kriteria kelayakan.

Apakah Kriteria Kelayakan Bantuan Orang Tua 2021?

    • Warganegara yang bermastautin di Malaysia.
    • Orang tua yang berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan iaitu Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
      Orang tua yang bukan tinggal di institusi yang dikendalikan oleh JKM atau pusat jagaan harian.
    • Mana-mana kes khas yang layak dipertimbangkan oleh pihak JKM.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT)

Langkah permohonan bantuan kewangan ini boleh dilakukan diPejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Penilaian terhadap setiap permohonan yang didaftarkan akan dibuat demi mengesahkan dan menentukan kelayakan bantuan oleh pemohon. Pemohon cuma hadir ke PejabatKebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri yang berdekatan untuk membawa dokumen-dokumen sokongan yang lengkap bersama sama borang Permohonan agar urusan pentadbiran jadi lebih mudah.

Senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
    • Salinan Sijil kelahiran anak yang tinggal bersama
    • Salinan Penyata gaji (jika ada)
    • Dokumen lain yang berkaitan
    • Borang Permohonan Bantuan Orang Tua 2021
      Sila muat turun (download) borang permohonan di bawah untuk diisi dan dibawa ke pejabat permohonan.

Borang Permohonan Bantuan JKM 18 (Klik)
Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20 (Klik)

Bukan itu sahaja, pemohon boleh mendaftar permohonan secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

    • Lawat laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
    • Tekan pada butang ‘Daftar Permohonan.’
    • Isikan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
    • Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
    • Dalam tempoh 14 hari selepas mendaftar secara online, hadirkan diri ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
    • Bawa bersama dokumen-dokumen sokongan berserta Borang permohonan yang diperlukan.

Soalan Lazim

1. Saya sudah berumur 65 tahun, layak ke untuk memohon Bantuan Warga Emas?

Anda layak, akan tetapi permohonan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Bolehkah orang tua dan warga emas yang dijaga di Rumah penjagaan Orang-orang Tua memohon bantuan ini?

Tidak boleh kerana bantuan ini hanya disalurkan pada warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

3. Jika saya sudah memohon secara atas talian tetapi tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

Tidak diterima kerana setiap pemohon wajib menghantar dokumen-dokumen sokongan berserta Borang permohonan yang diperlukan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk diproses.

4. Adakah saya Layak untuk memohon sekiranya pendapatan saya melebihi RM1500 sebulan?

Pemohon boleh merujuk kepada JKM untuk mengetahui PGK (Pedapatan Garis Kemiskinan) kerana pendapatan pemohon hendaklah tidak melebihi PGK (Pedapatan Garis Kemiskinan).

*Sila klik DISINI untuk direktori senarai pejabat JKM untuk rujukan anda. Anda juga boleh menghubungi JKM di talian berikut untuk sebarang pertanyaan.

Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8323 2045

Sumber : JKM

 

Leave a Comment