Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan – Permohonan Dibuka

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Bantuan dalam bentuk wang tunai merupakan inisiatif berterusan setiap tahun. Ini kerana ia penting untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif melalui peringkat negeri atau persekutuan bagi membantu mereka yang layak.

Salah satu bantuan yang dihulurkan ialah bantuan wang tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

Bantuan Lain B40 :

Bantuan Tunai Kerajaan RM350

Bantuan Am Persekutuan adalah satu inisiatif JKM yang direka untuk memberi bantuan kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Jumlah bantuan adalah minimum RM100 seorang sebulan dan maksimum RM350 setiap keluarga sebulan.

Mohon Juga : Senarai Bantuan Kerajaan Bulan 9

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat & kriteria kelayakan bagi memohon bantuan ini :

  • Rakyat dan penduduk Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi purata pendapatan garis kemiskinan semasa bagi keluarga miskin (PGK) atau purata garis kemiskinan per kapita PGK semasa;
  • Kumpulan miskin dan isi rumah miskin yang tidak dilindungi oleh mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Permohonan

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh memohon bantuan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Dilaporkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan tertakluk kepada semakan penilaian untuk mengesahkan sama ada pemohon layak menerima bantuan ataupun tidak.

Ini selaras dengan prinsip memberi bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.

Info Lebih Lanjut

Bagi mereka yang layak atau memohon bagi pihak kumpulan yang layak, anda boleh mengisi butiran permohonan di portal rasmi JKM – di sini.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×