Bantuan Tambahan BKM RM300-RM500 Bulan Jun Untuk B40

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah.

Bantuan Tambahan BKM

Tahukah anda terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak menerima BKM akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Kadar Jumlah Diberikan

Jumlah bantuan BKM maksimum adalah :

    • RM2,000

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah :

    • RM500 kepada isi rumah yang berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat.
    • RM300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas.

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak menerima BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah :

    • RM2,500

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM :

    • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
    • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.

Semakan Kelayakan BKM Tambahan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan BKM Tambahan :

    • Buka laman web https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
    • Log masuk seperti biasa.
    • Klik pada semakan status untuk semak status permohonan.
    • Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan.
    • Jika tiada maklumat mengenai BKM Tambahan seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima BKM Tambahan.

Tarikh Pembayaran BKM

Pembayaran BKM fasa 1 telah dilakukan pada 28 Mac 2022 secara berperingkat. Manakala pembayaran BKM Fasa 2 pula akan dilakukan pada bulan Jun ini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai BKM Tambahan ini bolehlah layari laman web BKM atau anda boleh baca FAQ BKM

 

Leave a Comment