Bantuan SARA 2024 : RM100 Sudah Dikreditkan Kedalam Mykad

Bantuan SARA 2024 : RM100 Sudah Dikreditkan Kedalam Mykad. Program SARA 2024 bermula secara berperingkat pada hari ini! Program ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bantuan SARA 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat. Sementelahan itu, program SARA telah ditambahbaik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.
Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan Kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu. Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas.
Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Insya-Allah, Kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.

Kategori Penerima

Berikut adalah kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).

Kaedah Pemberian

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada setiap 1 hari bulan seperti jadual berikut yang telah ditetapkan:

Semakan Kelayakan Status

Di bawah program SARA 2024, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.
Semakan status kelayakan & soalan lazim:
Mekanisme pelaksanaan:
https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Leave a Comment