Program yang dikenali sebagai PERANTISAN ini ialah terbuka kepada belia yang menganggur untuk memohon di bawah program ini yang telah dilaksanakan pada pengumuman pelan PEMERKASA lepas.
PROGRAM TELAH DITAMBAH BAIK
Untuk pengetahuan anda, program ini telah ditambah baik selepas mendengar maklum balas daripada pihak industri.
Program Perantisan PERKESO kali ini dijangka dapat mengurangkan kelemahan program dalam versi sebelum ini.
Berapakah Jumlah Bantuan?
Setiap permohonan baru, tempoh latihan akan diberikan sehingga 6 bulan. Manakala insentif yang diprolehi ialah sebanyak:
-
- RM 800
Bilakah Tarikh Permohonan?
Permohonan telah dibuka tempoh hari iaitu pada
- 1 April 2021
Apakah Syarat Kelayakkan Memohon?
Berikut adalah kelayakan untuk majikan dan bakal pemohon sekiranya berminat untuk membuat permohonan
1) Syarat Bagi Majikan
- Majikan hanya menggajikan graduan atau lepasan sekolah di antara 18 sehingga 30 tahun sahaja
- Majikan boleh menggajikan mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan-badan yang berkelayakan.
- Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh 1 kursus sahaja
- Selain itu, majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan
2) Syarat Bagi Perantis
- Calon adalah seorang dari kalangan lepasan sekolah atau
- Graduan yang masih menganggur
Siapa Yang Tak Layak Memohon?
- Majikan atau syarikat yang mengambil pekerja Internship / Latihan Industri / Praktikal
- Bukan Warganegara Malaysia
- Pelajar yang belum tamat tempoh pengajian
Bagaimana Cara Memohon?
1. Permohonan Untuk Majikan
- Daftar dan iklankan kekosongan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantis
2. Permohonan Untuk Perantis / Pemohon
- Mohon pekerjaan dan pilih syarikat yang sesuai melalui portal rasmi myfuturejobs
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lannjut dan pertanyaan berkaitan program di atas, anda boleh hubungi di talian
- 1-300-22-8000