Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Dalam Tempoh 4 Bulan

Program Subsidi Upah (PSU) ialah satu bentuk bantuan kewangan yang akan dibayar kepada majikan setiap perusahaan yang membayar gaji pekerja tempatan sebanyak RM4,000 dan ke bawah. Tujuan utama PSU ialah untuk mengurangkan beban majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat dapat mengekalkan pekerja tempatan supaya tidak hilang punca pendapatan.

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU ini diperkenalkan, kerajaan telah membelanjakan lebih 15 bilion ringgit untuk menyelesaikan masalah para majikan dalam pembayaran gaji kepada lebih kurang 2.7 juta pekerja di Malaysia.Berikutan respon positif daripada rakyat berkenaan dengan program ini, pihak kerajaan mengambil langkah teguh dengan  melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan kewangan sebanyak RM3.8 bilion ringgit dimana ini dijangka dapat memanfaat  lebih kurang 2.5 juta pekerja khususnya pekerja tempatan.

 

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Program Subsidi Upah PSU 4.0

Pihak kerajaan akan menampung majikan yang mempunyai kriteria di bawah melalui Program ini

    • Seramai 500 pekerja setiap majikan
    • Jumlah bayaran RM600 untuk setiap pekerja.
    • Pembayaran adalah bagi tempoh selama 4 bulan dimana dua bulan untuk semua sektor dalam fasa kedua PPN manakala dua bulan yang seterusnya khusus untuk  sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

Syarat-syarat permohonan PSU sebelum ini mempunyai kriteria had gaji di bawah RM4,000 sahaja, tetapi untuk PSU 4.0, syarat dan kriteria adalah seperti di bawah:

    • Tiada had gaji ditetapkan.
    • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.

Bagaimana Langkah Permohonan PSU 4.0?

Permohonan Subsidi Upah PSU para pekerja hendaklah dilakukan melalui pihak majikan. Mana-mana majikan yang mahu membuat permohonan PSU 4.0 untuk mendapat bayaran kepada pekerja mereka bolehlah rujuk langkah-langkah di bawah:

    • Permohonan boleh dikemukakan secara online – KLIK DISINI
    • Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan –KLIK DISINI
    • Permohonan PSU yang telah diluluskan untuk Senarai nama majikan boleh disemak di pautan ini di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang telah diluluskan.

Sila rujuk ruangan maklumat lanjut di akhir petikan ini atau klik link ini untuk FAQ  KLIK DISINI

SUBSIDI UPAH PSU

Maklumat Lanjut

Anda boleh rujuk maklumat di bawah untuk keterangan lanjut mengenai Program Subsidi PSU 4.0:

  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.
  • Pautan Perkeso : KLIK DISINI
  • FAQ Penuh PSU 4.0 : KLIK DISINI

Leave a Comment