Bantuan RM250 KWSP Untuk Anak

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Anak yang berumur 14 tahun ke atas sudah dibenarkan untuk mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)? Ya. Betul!

Pendaftaran akaun KWSP untuk individu yang dibenarkan ini adalah dalam Simpanan Syariah dan ia bertujuan untuk simpanan jangka panjang.

Malah, kalau buka akaun sekarang, kerajaan akan bagi insentif tambahan sehingga RM250 setahun.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/bantuankerajaan

Faedah Buka Akaun KWSP Untuk Anak

    • Simpanan jangka panjang dan masa depan anak-anak
    • Dapat insentif tambahan dari kerajaan maksimum RM250 setahun atau sebanyak 15% daripada jumlah simpanan
    • Tabung simpana diusia muda
    • Dividen patuh Syariah setiap tahun
    • Caruman bukan bulanan
    • Khairat kematian sebanyak RM2500

Bantuan Lain :

Insentif RM250 Setahun

Kerajaan telah membuat peruntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun) daripada jumlah simpanan melalui skim i-Saraan KWSP.

Sekirannya anak mencarum RM2,000 ke dalam akaun KWSP, kerajaan akan tambah RM250 sebagai insentif, di bawah insentif skim i-Saraan.

Caruman ke akaun KWSP anak TIDAK WAJIB dibuat secara BULANAN. Bayaran sumbang boleh dibuat dirumah melalui perbankan dalam talian ibu bapa. Pegawai yang membantu anda mendaftar akaun akan menyediakan kertas panduan bagaimana melakukannya.

Bagamana Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas?

Pendaftaran akaun KWSP untuk kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas boleh dilakukan dengan mudah di kiosk KWSP tanpa perlu ke kaunter.

Berikut adalah panduan untuk mendaftar akaun KWSP untuk anak:

  1. Daftar sebagai ahli KWSP (perlu kad pengenalan dan cap jari anak anda) di kiosk di mana-mana cawangan.
  2. Setelah selesai, beritahu pegawai KWSP untuk membuka i-akaun dan bertukar terus kepada simpanan Syariah.
  3. Selalunya ada pegawai tolong buat terus kat komputer sana.
  4. Setelah i-akaun siap, pegawai akan membantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Syariah.
  5. Dah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela), mereka akan bantu terus,

Info lanjut klik sini.

Mudah kan? Simpanan masa muda dapat mudahkan urusan anak-anak dimasa hadapan.

Tahniah kerana telah melindungi masa depan anak-anak anda.

Sumber :Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×