Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Dalam MyKad Bermula Hari Ini

Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Dalam MyKad bermula hari ini. Bantuan kerajaan melalui MyKad ini telah dilaksanakan sejak bulan Julai 2023 yang lalu.

Bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan, anda akan dapat bantuan tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad anda selama 6 bulan bermula pada Julai sehingga Disember 2023.

Baca Juga :

Bantuan RM100

Bantuan tambahan RM600 iaitu STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif bantuan tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk menolong golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Bantuan tambahan RM100 ini akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam nombor akaun yang didaftarkan pada sistem STR pada setiap bulan berikut:

  • Julai 2023 – RM100
  • Ogos 2023 – RM100
  • September 2023 – RM100
  • Oktober 2023 – RM100
  • November 2023 – RM100
  • Disember 2023 – RM100

Dan anda boleh tebus bantuan tersebut melalui MyKad IC anda.

Syarat Kelayakan Bantuan

Bagi pengetahuan umum, syarat-syarat dan kriteria kelayakan penerima bantuan khas STR tambahan (SARa) bernilai RM600 ini adalah seperti berikut :

  • Rakyat Malaysia
  • Penerima sedia ada STR
  • Kategori isi rumah
  • Golongan miskin tegar

Cara Permohonan Dan Semak Kelayakan

Untuk semak kelayakan anda, sila ikuti langkah-langkah yang ditetapkan:

Semakan Melalui e-Kasih

Semakan online boleh dibuat melalui portal MyKash seperti berikut:

• Langkah 1 – Pergi ke https://www.mykasih.com.my/
• Langkah 2 – masukkan nombor Mykad
• Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
• Langkah 4 – Tekan SEMAK STATUS

Penerima golongan yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
  • Bagi yang tidak layak, akan menerima status TIADA REKOD DITEMUI

Cara Tebus Bantuan Dengan Beli Barang

cara beli barangan bantuan makanan

Info Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan perkara tersebut, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – TEKAN SINI

Leave a Comment