Bantuan eTunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.
Melalui bajet 2023, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-dompet sebanyak RM 200.
Semoga inisiatif daripada kerajaan ini dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di bawah.
Join Telegram Kerajaan di sini.
Bantuan e-Tunai Rahmah RM200
Inisiatif ini adalah bantuan daripada kerajaan dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pembayaran eWallet. Kerajaan Malaysia juga telah bekerjasama dengan syarikat yang mengusahakan aplikasi e-wallet seperti Tounch N Go, Grab dan Boost.
Bantuan ini dinamakan sebagai bantuan e-Tunai dan bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat transaksi melalui ewallet yang didapati mudah dan selamat.
Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta belia untuk inisiatif ini.
Baca Juga : Tambahan RM500 Dalam Akaun KWSP
Kadar Bantuan
Bantuan e-Tunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
Kerajaan ingin meneruskan bantuan ini kerana untuk menggalakkan rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.
Syarat kelayakan
Untuk memohon bantuan e-dompet ini, berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:
- Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
- Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Untuk permohonan bantuan ini, kerajaan akan mengumumkan dari semasa ke semasa.
Cara Menebus Bantuan e-Tunai Rahmah
Dijangka seperti tahun lepas, bantuan kredit tunai ini boleh ditebus pada platform e-dagang terpilih seperti Grabpay, ShopeePay, Bigpay dan Touch N Go ewallet. Penebusan bantuan ini hanya boleh ditebus sekali bagi setiap pemohon.
Buat masa ini hanya pengumuman bantuan tunai ini telah dimaklumkan. Mengenai tarikh pelaksanaan yang masih belum diumumkan, diharap kerajaan mempercepatkan pelaksanaan bantuan khas ini bagi mereka yang layak menebus kredit tunai ini.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ewallet ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.