Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Perniagaan adalah satu usaha untuk meraih pendapatan dan juga sebagai amal ibadah sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Amat dialu-alukan bagi sesiapa saja yang mahu memulakan perniagaaan mereka sendiri.
Tapi, tidak menghairankan jika isu utama ialah modal perniagaan .Oleh itu para usahawan boleh memohon bantuan perniagaan menerusi Musa’adah Tijariyyah 2.0 di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Bantuan Musa’adah Tijariyyah 2.0 adalah bantuan yang disalurkan oleh MAIWP kepada usahawan yang kekurangan modal atau mahu mengembangkan perniagaan di Wilayah Persekutuan.
Ini merupakan bantuan versi yang kedua kerana ia sudah diperkenalkan pada Mac 2021.
Oleh itu usahawan haruslah segera kerana permohonan boleh dibuat daripada 16 Oktober sehingga 30 Oktober 2021.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Berapakah Jumlah Pembiayaan?
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi bantuan ini adalah RM3,000 dalam bentuk modal pusingan.
Kategori Perniagaan Yang Dibenarkan Memohon
Jenis perniagaan yang layak memohon:
-
- Makanan dan minuman.
- Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah).
- Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan).
- Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan.
Apakah Syarat Kelayakan Memohon?
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Menjalankan aktiviti perniagaan sepenuh masa dengan melakukan pengisytiharan melalui akuan sumpah.
- Perniagaan berdaftar sekurang-kurangnya 2 bulan dari tempoh permohonan dan SSM masih aktif.
- Tidak menerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dari Tahun 2020 ke atas dan Musa’adah Tijariyyah 1.0.
Bagaimana Cara Memohon?
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/84-garis-panduan-permohonan-program-musa-adah-tijariyyah-2-0-baitulmal-maiwp?fbclid=IwAR0XFm_tr92_tmaSrqjpYwxwql7cyduf8vtLJ_SwC7p4EYi5l2MR218ld9o.
- Muat turun borang permohonan yang telah disediakan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan kepada:
– Pusat Agihan Zakat (PAZA) MAIWP.
– MAIWP cawangan Putrajaya dan Labuan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan pasangan.
- Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon.
- Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pasangan.
- Satu Salinan Cukai Pintu atau Bil Utiliti Tempat Tinggal Terkini
- Satu Salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan sijil, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan yang masih aktif sekurangnya dalam tempoh 2 bulan.
- Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) bagi tujuan pembayaran.
Dimanakah Lokasi Perniagaan Yang Dibenarkan?
Buat pengetahuan anda, kelulusan permohonan juga dipengaruhi oleh lokasi perniagaan:
-
- Premis perniagaan boleh samada di dalam/luar Wilayah Persekutuan.
- Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:
– Perniagaan bergerak.
– Premis berada di kawasan Lembah Klang/Kuala Lumpur/Selangor.
– Pelatih/penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertayaan lanjut mengenai Bantuan Musa’adah Tijariyyah 2.0, sila hubungi pihak MAIWP di talian 019-224 2752.
*Kongsikan kepada semua