Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Belanjawan 2022 | Bantuan Khas RM700 Penjawat Awam Gred 56 Kebawah
Bantuan ini merupakan bantuan khas kewangan yang berjumlah RM700 untuk 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebagai jasa mereka berkhidmat untuk rakyat terutama ketika negara menghadapi situasi getir Covid19.
Manakala, pesara kerajaan juga tak terlepas pandang oleh kerajaan dan akan diberikan bantuan bernilai RM350.
Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia melibatkan peruntukkan kewangan sebanyak RM 1.3 bilion.
“Ia bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada hari ini.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Matlamat Bajet 2022
Bajet 2022 mengutamakan jenis bantuan seperti perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.
Bukan itu saja, teras utama dalam bajet 2022 ini memfokuskan pada 3M iaitu :
-
- Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
- Membina Semula Daya Ketahanan Negara
- Memangkin Pembaharuan
Peruntukkan untuk bajet 2022 akan dinaikkan berbanding bajet 2021 . Setelah memperincikan matlamat dalam memelihari kebajikan rakyat , kerajaan akan menampilkan beberapa penambahbaikkan dan pengenalan kepada bantuan dan inisiatif baru.
Jumlah Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam
-
- Penjawat awam: RM700
- Pesara : RM300
Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022
Maklumat lanjut tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:
- Laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/ms/ atau https://www.mof.
- Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
- Facebook Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia