-7Pihak kerajaan telah menyediakan bantuan khas “one-off” sebanyak RM5,000 untuk diberikan kepada waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memaklumkan bantuan pengurusan kematian disebabkan COVID-19 ini akan diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
Bantuan khas ini hanya layak untuk kematian pesakit berstatus warganegara sahaja dengan dengan syarat permohonan mestilah dibuat oleh waris.
Waris kepada pesakit COVID-19 yang meninggal dunia digesa segera membuat permohonan tuntutan wang ihsan RM5,000 dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya tidak boleh menyalurkan bantuan tersebut sekiranya tiada permohonan dibuat oleh mana-mana waris.
Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan NADMA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi bantuan khas NADMA:
-
- Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
- Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
- Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu daripada permohonan waris-waris si mati, NADMA hanya akan memepertimbangkan permohonan pertama sahaja.
Cara Membuat Permohonan
Pemohon diwajibkan mengisi borang permohonan yang disertakan di bawah dengan lengkap.
Antara dokumen / lampiran yang perlu disediakan:
-
- Borang permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh pihak hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19.
- Salinan sijil kematian.
- Salinan kad penegnalan si mati.
- Salinan kad pengenalan pemohon (waris si mati).
- Salinan penyata bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati).
Sila hantar permohonan yang lengkap melalui pos / emel / whatsapp ke pihak NADMA:
1. Pos
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
(u.p.: Sekretariat KWABBN)
2. Emel
bkcovid19@nadma.gov.my
3. Whatsapp NADMA
+6011-1321 8056
Bagaimana Pembayaran Dibuat?
Bayaran bantuan khas ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap. NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
Download Borang Permohonan Bantuan NADMA
Klik pautan DI SINI untuk memuat turun borang permohonan.