Bantuan Musim Tengkujuh BMT RM300 Dikreditkan Mulai Bulan Ini, Sila Anda Semak Sekarang!
Mungkin ramai diantara anda yang menantikan bantuan kewangan dari kerajaan, ini berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan kewangan yang akan mula disalurkan oleh pihak Kerajaan.
Risda mula menghulurkan bantuan kepada pekebun kecil dan juga peneroka bagi ringankan lagi beban mereka apabila musim tengkujuh ini memang amat sukar untuk menoreh getah jadi Risda bakal menghulurkan bantuan sebanyak RM300.
Salah satu daripadanya adalah bantuan BMT yang dinaikkan yang mungkin ramai tidak tahu, namun mereka layak mendapatkannya.
Senarai Penerima
Berikut adalah dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Ini adalah penerangannya secara lebih terperinci:
1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA
-
Warganegara Malaysia
-
Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
-
Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
-
Pemilik tanah yang sah
-
Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
-
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
-
Pengesahan pemilik tanah yang sah
-
Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
-
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Kadar Bantuan BMT
BMT akan mula dibayar dalam dua fasa iaitu pada November dan Disember 2022. Setiap fasa akan melibatkan bayaran keseluruhan RM300 dengan jumlah RM600.
Bagi kaedah pembayaran pula, ia akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.
Disamping itu, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran bantuan ini.
Untuk anda yang ingin tahu lagi tentang info-info bantuan yang di sediakan sila anda layari laman web portalinfo.my