Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
KWSP telah melancarkan banyak program dan insentif kepada pencarum-pencarum KWSP sebelum ini. Antaranya seperti iSinar, iLestari dan Pengeluaran Khas KWSP RM10k.
Pada tahun ini juga, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pencarum KWSP yang layak.
Nak lebih banyak bantuan, baca bantuan KWSP 2023.
Bantuan KWSP RM500
Melalui Bajet 2023, kerajaan menyediakan bantuan RM500 kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak.
Ahli KWSP berumur antara 40 hingga 54 tahun akan menerima bantuan RM500 untuk simpanan dalam Akaun 1, dengan syarat baki simpanan dalam akaun kurang daripada RM10,000.
Ketika membentangkan Bajet 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan, yang telah terhakis akibat pengeluaran sebelum ini.
Cara Permohonan
Untuk insentif RM500 KWSP ini, pencarum tidak perlu memuat permohonan. Bantuan ini akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 KWSP secara automatik.
Bantuan Lain :
Syarat
- Ahli KWSP
- Berumur 40 hingga 54 tahun
- Mempunyak simpanan dalam akaun tidak melebihi RM10,000
Info Lanjut
Sekarang orang ramai mula membina semula kehidupan mereka secara beransur-ansur, kebanyakannya menyara diri mereka dengan pendapatan mereka, dan simpanan persaraan masih rendah.
“Kerajaan komited untuk membantu orang ramai membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada mencukupi untuk membiayai persaraan mereka,” katanya kepada Dewan Rakyat.
Pada masa sama, kerajaan turut memperkenalkan Skim Insentif Persaraan (i-Saraan), yang membolehkan mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap membuat caruman sukarela bagi tujuan persaraan sambil menerima caruman tambahan sebagai insentif kepada kerajaan.
Sumber : KWSP Official