Mohon Bantuan Kuarantin NADMA RM100 Sehari | Maximum 14 Hari

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Bagi sesiapa yang berkerja dan kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji didalam tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian adalah golongan yang layak untuk memohon bantuan NADMA.

Berikut adalah info lanjut beserta syarat kelayakan termasuklah cara permohonan Tabung COVID-19 menerusi bantuan NADMA.

Apakah Bantuan Tabung COVID-19 NADMA?

Bantuan NADMA ialah bantuan yang disalurkan mengunakan Tabung COVID-19 sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau sedang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat simptom Covid-19.

Apakah Syarat Kelayakan Memohon?

Menurut pihak NADMA, individu yang layak memohon BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA haruslah:

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

*Maklumat Penting: Bantuan ini adalah untuk mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.

Siapakah Individu Yang Tidak Layak

  1. Warga Asing atau pelancong luar.
  2. Tidak bekerja sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Berapakah Kadar Bantuan NADMA COVID19

Kadar bantuan NADMA adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia akan dibayar sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan jika menjadi kes berulang.

Selain NADMA kerajaan juga mengalakkan rakyat Malaysia untuk memohon elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun melalui skim MySalam.

Bagaimana Cara Memohon Bantuan NADMA?

Bagi membuat permohonan Bantuan Khas NADMA COVID-19 ini, orang awam yang terjejas boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Baca garis panduan melalui pautan http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
  1. Sertakan dokumen wajib seperti;
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  1. Muat turun dan isi borang berikut;
    • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);

http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf

    • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);

http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf

    • Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.

http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf

  1. Hantar permohonan lengkap kepada;
    i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab);

atau

ii. Email ke bkcovid19@nadma.gov.my

atau

iii. Pos kepada;

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

Bilakah Tarikh Akhir Permohonan?

Tarikh akhir permohonan tidak dinyatakan di laman web NADMA.

Setakat ini, bantuan ini masih diteruskan selagi belum diputuskan apa-apa. Sekurang-kurangnya pada awal bulan 7 yang lepas, pihak NADMA masih lagi mewar-warkan perihat bantuan ini.

Layari www.nadma.gov.my dari semasa ke semasa untuk info terkini.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800  atau e-mel di admin@nadma.gov.my.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×