Pada masa kini, bagi untuk membantu mereka yang memerlukan, kerajaan memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan khas di peringkat persekutuan atau negeri.
Ini termasuk bantuan kewangan yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 Negeri Selangor yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari.
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai pengenalan pembiayaan:-
Bantuan Khas RM1,000
Menteri Besar Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 ketika membentangkan Belanjawan 2024.
Bantuan itu akan disalurkan kepada penjawat awam yang berkhidmat dalam kerajaan negeri Selangor dan akan disalurkan pada 28 Disember ini.
Pada masa sama, kadar sama turut akan dihulurkan lagi pada Februari tahun depan (2024) bagi mengurangkan beban penjawat awam dalam persiapan pembukaan sekolah pada 2024, yang dijangka bermula pada Mac.
Pada asasnya, bantuan ini adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan 2.5 bulan gaji penjawat awam, yang pertama kali dilancarkan di bawah BKK dengan gaji minimum bulanan RM1,000 semasa Hari Raya Mei lalu.
“Bagi BKK kali Kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023.
“Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.
Cara Pembayaran
Mengenai kaedah pembayaran untuk BKK ini, ia akan didepositkan terus ke dalam akaun penerima.
Sementara itu, kerajaan Selangor juga terus menawarkan insentif Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi Selangor sebanyak RM1,000 kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) juga akan meneruskan pemberian bantuan bahan asas sebanyak RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Selangor, sila rujuk – DI SINI.