Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Rakyat Malaysia yang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah adalah sangat ramai di Malaysia akan dapat bantuan yang dibiayai oleh kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) ini.
Ramai orang mungkin terlepas pandang beberapa bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dan menerangkan maklumat tentang bantuan.
Di bawah ialah penerangan lanjut tentang bantuan kewangan yang telah dilancarkan:
Bantuan kewangan RM300 sebulan
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu meringankan beban pelajar kolej komuniti.
Jumlah bantuan kewangan untuk dua semester ialah RM300 sebulan dengan jumlah keseluruhan RM3,600 (RM1,800 setiap semester).
Bantuan Lain Yang Anda Perlu Mohon :
Syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- BKPKK hanya diberikan kepada pelajar kolej komuniti peringkat sijil jangka panjang, yang melibatkan sekurang-kurangnya 5 semester pengajian (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak mendapat BKKPKK ialah pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga yang sah dengan pendapatan kasar bulanan ibu bapa RM3,000 atau kurang dan tidak tertakluk kepada had jumlah tanggungan keluarga;
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tiada penjamin);
- Isi borang pendapatan isi rumah bulanan;
- Pelajar tidak boleh mempunyai penaja lain semasa program berlangsung.
Cara Permohonan
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dibuat melalui Pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Walau bagaimanapun, pelajar yang layak mendapat bantuan kewangan dalam tempoh pengajian satu tahun/dua semester mesti mencapai PNGK minimum 2.0 untuk layak mendapat bantuan kewangan semasa semester kedua mereka.
Sekiranya pelajar tidak mencapai PNGK minimum 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan pelajar akan dihentikan serta-merta.
Maklumat penuh bantuan ini boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengikuti pautan di sini (bertentangan dengan laman web Kementerian Pendidikan Malaysia).
Sumber & Maklumat Lanjut : Klik Sini