Bantuan Kewangan RM1000 Yang Dibayar Pada Julai – Kerajaan menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan & inisiatif-inisiatif baru kepada rakyat.
Salah satunya adalah bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang menyediakan bantuan bulanan kepada warganegara yang layak.
Bantuan Bulanan JKM
Pelaksanaan bantuan bulanan JKM telah lama berjalan dan masih diteruskan pada tahun ini.
Bantuan Bulanan menyenaraikan 9 jenis bantuan termasuk Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Kanak-Kanak angkat, Bantuan Warga Emas dan Bantuan Am Negeri.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan berbeza-beza bergantung pada jenis bantuan yang anda ingin mohon.
Walau bagaimanapun, syarat kelayakan utama bagi setiap bantuan adalah:
- Rakyat Malaysia
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) isi rumah semasa atau purata PGK orang miskin per kapita semasa
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan bulanan berbeza-beza berdasarkan jenis bantuan dan kriteria lain.
Sebagai contoh, jika bilangan anak yang layak melebihi jumlah yang ditetapkan, manfaat maksimum anak bagi sesebuah keluarga ialah RM1,000 sebulan.
- Bantuan Anak Pelihara – RM250
- Bantuan Warga Emas – RM500
- Elaun Pekerja OKU – RM450
- Bantuan Am Persekutuan – RM100
- Bantuan OKU Tidak Bekerja – RM300
- Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar – RM500
- Bantuan Latihan Perantis – RM200
Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan RM1000
Bantuan ini akan dibayar setiap bulan kepada individu yang layak.
Bantuan itu sentiasa dibayar antara 1 hingga 10 haribulan termasuk Julai tahun ini.
Cara Memohon Bantuan Kewangan RM1000
Sekiranya anda ingin membuat permohonan, anda boleh terus ke kaunter atau pejabat Kementerian Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan anda, atau boleh terus melayari laman web rasmi Kementerian Kebajikan Masyarakat (JKM) – KLIK SINI
Anda boleh download borang permohonan Bantuan JKM :
- Borang JKM 18 – Permohonan
- Borang JKM 20 – Kaji Semula Bantuan