Bantuan Kewangan Setelah Pendeposit ASB Mat1, Waris Wajib Mohon Bantuan Kewangan RM500

Apa Itu Khairat Kematian ASB?

Kebajikan, derma, sedekah; persatuan ~ kematian persatuan yg mengumpulkan wang (yuran) utk kebajikan ahli-ahlinya yg meninggal dunia (mis utk belanja mengebumikannya); berkhairat berbuat kebajikan, berderma, berĀ­sedekah: beliau dikenali sbg seorang dermawan yg telah banyak ~ kpd orang miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Pasti ramai yang tidak sedar bahawa pewaris pendeposit boleh mendapatkan khairat kematian yang disediakan oleh ASB. Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh tertentu. Malah bukan ASB sahaja, pendeposit ASN dan apa sahaja saham terbitan Permodalan Nasional Berhad (PNB) layak menuntut setelah pendeposit mati.

Apakah Syarat Kelayakan?

Pemohon:

Pemohon adalah waris kepada si mati / pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau Salah seorang Penerima Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati

Unit Amanah Terlibat:

Si mati telah mendaftar sekurang-kurangnya satu tabung unit amanah ASNB dan mempunyai baki minimum 1 unit

Tempoh Tuntutan:

Permohonan diterima oleh ASNB dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh Kematian pemegang unit

Nota: Waris bukan Islam layak untuk menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam

Bagaimana Untuk Memohon?

Untuk membuat permohonan bantuan Khairat ASNB ini ianya boleh dilakukan mengikut prosedur terkini di:

    • Mana-mana cawangan ASNB
    • Ejen-ejen ASB (Bank-bank)

Apakah Kaedah Bayaran?

Penuntut akan menerima bantuan Khairat ASNB dengan cara:

    • Tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen

Berapakah Jumlah Bayaran?

Jumlah bayaran bantuan Khairat ASNB adalah berdasarkan jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:

Jumlah Pegangan Unit

Jumlah Khairat

Bawah 1,000.00 unit

RM200

1,000.00 unit dan ke atas

RM500

Ini bermaksud jika harga seunit adalah RM1, apabila si mati mempunyai simpanan RM1,000 ke bawah, jumlah bantuan khairat yang akan diterima waris adalah sebanyak RM200. Sekiranya melebihi RM1,000, jumlah bantuan khairat yang akan diterima pula adalah RM500.

 

Leave a Comment