Cara Mohon Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Tahukah anda pada 28 Jun 2021 Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak COVID-19 yang sehingga kini masih belum berakhir.

Sepanjang tempoh pandemik ini, ramai yang terjejas teruk serta kehilangan pekerjaan sewaktu COVID-19 ini berlaku. Perkara ini haruslah dipandang serius dan merisaukan terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga untuk ditanggung.

Melalui pakej bantuan PEMULIH yang baru diumumkan baru-baru ini, Perdana Menteri ada mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan bagi mereka yang kehilangan kerja dan terjejas sumber pendapatannya.

Portal Info akan kongsikan kepada anda maklumat Bantuan Kehilangan Pendapatan ini.

Kadar Jumlah Bantuan Kehilangan Pendapatan

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang layak iaitu sebanyak 1 juta orang dengan jumlah bayaran bantuan sebanyak:

    • RM500

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Ini?

    • Sebanyak 1 juta orang yang layak untuk menerima bantuan ini. Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menjayakan inisiatif ini.

Tarikh Bantuan Diagihkan

    • Menurut Perdana Menteri dalam pembentangan bantuan PEMULIH, bantuan ini akan mula diagihkan pada bulan Oktober 2021 nanti.

Kriteria Kelayakan

Terdapat kriteria yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda mendapatkan bantuan RM500 ini. Antaranya:

    • Pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP dan PERKESO pada tahun 2021.

Bantuan Kehilangan Pendapatan

Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Anda juga boleh memohon Bantuan KHas COVID-19 dengan nilai bantuan sehingga RM1,300 satu keluarga.

Berikut dikongsikan perincian penuh mengenai Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar kategori seperti berikut:

Kategori Miskin Tegar (Isi Rumah & Bujang)

    • Pertama, isi rumah bagi kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
    • Manakala inidividu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.

Kategori B40 (Isi Rumah & Bujang)

    • Kedua, isi rumah bagi kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos RM300 pada bulan Disember.
    • Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.

Kategori M40 (Isi Rumah & Bujang)

    • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250.
    • Manakala bagi bujang pula akan menikmati bantuan RM100 pada bulan Ogos nanti.

Untuk info lanjut, rujuk Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Semoga adanya bantuan ini dapat membantu meringankan beban anda menghadapi ujian COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Sumber

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×