Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan negeri Selangor untuk meringankan beban keluarga-keluarga menanggung keperitan meredah cabaran selepas pandemik.
November lalu, telah berlangsung Belanjawan 2022 bagi negeri Selangor dimana Menteri Besarnya Amiruddin Shaari telah membentangkan pelbagai inisiatif untuk pembangunan rakyat dan Selangor.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Inisiatif ini memfokuskan kepada rakyat yang mempunyai pendapatan rendah. RM108 juta telah disediakan demi memanfaatkan lebih kurang 30,000 keluarga dan ini juga melibatkan ibu tunggal.
Menurut Menteri Besar Amiruddin Shaari, setiap ibu tunggal tidak terkecuali untuk mendapat manfaat ini. Sebanyak RM300 sebulan akan diberikan kepada mereka yang layak.
Berapakah Kadar Bayaran Yang Diberikan?
Melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini, setiap keluarga yang berkelayakan akan mendapat insentif bulanan sebanyak :
-
- RM300 / sebulan (termasuk ibu tunggal) atau memberi jumlah sebanyak RM3,600 setahun.
Apakah Syarat Kelayakan?
- Berdaftar sebagai penerima BSH/BPR dibawah kategori berpendapatan RM2,000 kebawah atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar melalui pangkalan data e-kasih.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap lebih 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM2,000.
Bagaimana Cara Memohon?
Setakat ini belum ada hebah berkenaan bagaimana untuk memohon.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan akan dikongsikan di artikel selanjutnya.