Untuk makluman, Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun dinaikkan kepada RM1,000 pada tahun 2021 melalui pembentangan Belanjawan di Dewan Rakyat.
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Perkara ini dilakukan dengan harapan dapat membantu lebih ramai kanak-kanak serta keluarga di Malaysia dengan jumlah yang bersesuaian dengan kos sara hidup sekarang ini yang kian mencabar.
Kepada anda yang masih belum memohon inisiatif ini, anda digalakkan mendaftar melalui perkongsian di bawah.
Portal Info ingin berkongsi cara untuk memohon bantuan ini. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.
Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).
Selain itu, skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Bantuan Kanak-Kanak JKM
Objektif
-
- Bagi memenuhi keperluan asas bagi meringankan beban penerima bantuan.
- Alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti / masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Jumlah Bantuan Kanak-Kanak Lama
-
- Maksimum pemberian bagi seorang anak adalah RM100.
- Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah Bantuan Kanak-Kanak 2021
-
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan menerima RM200 sebulan seorang.
- Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.
Syarat Kelayakan
-
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM
Berikut dikongsikan cara mohon bantuan kanak-kanak:
-
- Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
- Cetak Borang Permohonan untuk memohon.
- Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.
Mohon Juga: Bantuan Barangan Dapur RM100 Selama 3 Bulan
Dokumen Sokongan
Senarai dokumen yang perlu dibawa semasa hadir ke pejabat:
-
- Salinan MyKad / kad pengenalan Pemohon.
- Salinan MyKad / kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU).
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
- Salah satu bil utiliti ( bil air / elektrik / telefon/ astro).
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).
Semakan Status Bantuan Kanak-Kanak JKM
Semakan kebajikan kanak-kanak online: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di ta;ian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.
Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat untuk anda.