Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan Kahwin RM1000 One-Off Untuk B40
Skim Gerbang Az-Ziwaaj – sebuah insiatif bagi masyarakat yang tergolong dalam kategori miskin dan kurang berkemampuan. Golongan ini layak mendapat sumbangan perkahwinan kerajaan negeri Terdapat pakej Ini merupakan jenis bantuan yang baru diperkenalkan dan juga terdapat bantuan lain yang sudah lama diperkenalkan dan diteruskan sehingga kini.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Berapakah Kadar Bantuan Diberikan?
Bantuan wang tunai bernilai RM1000 dalam bentuk cek diberikan atas nama calon.
Apakah Kriteria Kelayakan?
-
- Pemohon mestilah seorang rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
- Pemohon mestilah telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
- Perkahwinan kali pertama (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).
- Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.
- Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).
- Bantuan ini boleh dimohon oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.
Bagaimana Cara Mohon?
Langkah 1: Pemohon wajib mendapatkan borang di lokasi berikut:
-
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim.
- Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia.
- Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO .
- Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.
Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang facebook Gerbang Az-Ziwwaj.