Berita baik buat ibu tunggal di luar sana, kini dengan bantuan ibu tunggal khas dari program PENJANA dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), ibu tunggal yang layak boleh menerima bantuan khas ibu tunggal sebanyak RM300. Sudah tentu insentif ini serba sedikit dapat meringankan beban bukan?
Baca Juga: BPR Tambahan & Moratorium Automatik
Sebelum anda membuat permohonan, anda boleh meneliti maklumat, kriteria kelayakan, dan cara permohonan sebelum memohon bantuan berkenaan.
Berapakah Nilai Bantuan Ibu Tunggal?
- Sebanyak RM300 akan diberikan buat mereka yang layak.
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:
Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
- Taraf perkahwinan adalah balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah.
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
Tatacara Permohonan
Untuk membuat permohonan bantuan khas ini, sila muat turun borang dan dokumen sokongan yang diperlukan di bawah:
- BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL
- SENARAI SEMAK PERMOHONAN KHAS BANTUAN IBU TUNGGAL
- SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN
- BORANG PENGESAHAN DIRI
Anda juga boleh menghadirkan diri di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran di tempat tinggal anda bersama-sama borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan.
Dokumen Wajib Yang Diperlukan
Berikut merupakan senarai dokumen wajib yang diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Penyata Akaun Tahunan Semasa
- Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
- Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Anak Angkat
- Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan (Disahkan Penghulu / Majikan)
Mohon Juga: Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Kini Dibuka!
Dokumen Sokongan
Senarai dokumen sokongan:
- Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
- Surat Akuan Sumpah (jika dalam proses penceraian)
Maklumat lanjut mengenai bantuan, sila kilik di sini.
Maklumat Tambahan
- Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda jika permohonan anda lulus dan disahkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
- Untuk sebarang info tambahan, anda boleh klik di sini dan layari laman web yang dipaparkan.
Semoga dengan bantuan ini, ibu tunggal di luar sana dapat meringankan beban untuk mencukupkan keperluan anak-anak. Jangan lupa ikuti perkembangan bantuan khas ini di laman web tersebut.