1. Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP Wilayah Persekutuan
Bantuan ini khas bagi penduduk Wilayah Persekutuan:
-
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
Bantuan diberikan untuk penerima bantuan kewangan bulanan bagi membantu asnaf untuk persiapan hari raya.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Apakah Syarat Pemohonan?
-
- Muslim
- Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada kiraan Had al-Kifayah.
KLIK DI SINI untuk senarai dokumen dan borang permohonan.
2. Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri MUIP
Ini merupakan skim bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang (MUIP).
Penerima bantuan ini dicalonkan oleh amil fitrah dari kawasan kariah. Anda boleh semak senarai amil DI SINI.
3. Skim Bantuan Hari Raya Majlis Agama Islam Johor (MAINJ)
Bantuan Hari Raya adalah untuk para asnaf di Johor.
Berikut adalah syarat-syarat pemohon:
-
- Pemohon mestilah anak jati Johor yang telah menetap tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di Negeri Johor.
- Tidak dapat bantuan /sumbangan /pinjaman daripada mana-mana pihak
Anda boleh KLIK DI SINI untuk syarat dan borang permohonan.
4. Saguhati Hari Raya Lembaga Zakat Selangor
Syarat utama untuk memohon bantuan saguhati haruslah tergolong dalam kategori ini:
1. Asnaf fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai harta atau pendapatan tetapi kurang daripada 50 peratus daripada had kifayah dan tanggungan peribadi.
2. Asnaf miskin
Muslim dan Muslimah yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya mampu menampung lebih 50 peratus keperluan dan tanggungannya, tetapi tidak cukup had kifayah.
3. Asnaf muallaf
Individu yang baru memeluk Islam.
Anda boleh KLIK DI SINI untuk panduan dan borang permohonan.
5. Skim Bantuan Hari Raya MAIAMP
Untuk yang tidak tahu, bantuan hari raya ini adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Sosial anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk).
Berikut adalah syarat-syarat bagi yang ingin memohon:
-
- Islam.
- Malaysia.
- Bermastautin di Negeri Perak.
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
- Milik Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf
- Tidak dapat bantuan hari raya daripada mana-mana pihak/agensi.
Jika anda adalah sebahagian daripada penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk, anda tidak perlu mengisi borang ini lagi.
Anda boleh KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang permohonan.
6. Skim Bantuan Hari Raya MAIK
Khas untuk warga Kelantan, bantuan hari raya ini diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut Aidilfitri. Kadar bantuan minimum RM300.00 hingga RM3,000.00.
-
- Islam
- Orang Kelantan yang menetap di Kelantan.
- Bagi bukan warganegara negeri Kelantan, pemohon diwajibkan menetap di negeri Kelantan, dan tidak mendapat bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran/asal.
- Mematuhi peraturan penentuan asnaf fakir dan miskin.
KLIK DI SINI untuk senarai dokumen dan kaedah permohonan.
Maklumat Lanjut
Dapatkan info mengenai Bantuan Raya JKM khas untuk mereka yang sudah mohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.