Bantuan Bayi RM300 2023 – Permohonan & Semakan

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Tahukah anda di bawah Bajet 2023 kerajaan negeri, kerajaan akan memberikan insentif sebanyak RM300 kepada ibubapa yang mempunyai anak yang baru lahir.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban ibubapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.

Baca Juga : STR Fasa 4 (Tarikh Rasmi)

Jumlah Bantuan

Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk memohon bantuan RM300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang, tujuan lain adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.

Pemberian Saguhati Untuk Setiap Kelahiran

Setiap bayi yang dilahirkan di pahang bermula tahun 2023 layak untuk menerima saguhati di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan dan barangan penjagaan bayi serta ibu semasa berpantang.

pahang-pride-kid-2023

Cara Permohonan

Ibu/ bapa/ penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara online dengan mengimbas QR code pada poster di atas atau mengisi link berikut

https://erakyat.pahang.gov.my/

Sila isikan butiran anda dalam borang yang tersedia secara atas talian.

Anda boleh membuat semakan setelah menghantar borang permohonan melalui butang Semakan.

Cara Pembukaan Akaun Bank Rakyat NURI

Ibu bapa / penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut :

  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga sah
  • Sijil lahir bayi
  • Sijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023
  • Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian yang tertera dibawah.

09-5124043/09-5124039
(Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ni, anda boleh layari laman web Portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi talian 09 – 512 6600

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×