Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM100 Selama 3 Bulan

Bantuan barangan dapur RM300 ini adalah di bawah program PRIHATIN Kasih dengan peruntukan sebanyak RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA. Program ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin bandar.

Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Portal Info ingin berkongsi kepada anda maklumat lanjut berkenaan bantuan barangan dapur.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Pengenalan Program Bantuan Barangan Dapur (PRIHATIN Kasih)

Bantuan Barangan Dapur RM300

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa menerusi MyKad.

Antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli dalam program ini dalam program ini termasuklah makanan seperti susu bayi, beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya. Barangan-barangan ini anda boleh beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.

Jumlah Bantuan Barangan Dapur

Bermula pada 1 Julai yang lepas, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga (3) bulan yang akan dikreditkan terus ke akaun MyKad.

Melalui pemberian elaun ini, para penerima boleh membeli barangan makanan asas di kedai-kedai runcit berdekatan dengan kawasan rumah mereka.

Mereka yang layak akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka bagi tempoh tiga bulan.

Contoh Jadual Pembayaran

    • Julai 2021: RM100
    • Ogos 2021: RM100
    • September 2021: RM100
    • Jumlah Keseluruhan: RM300

Sekiranya baki elaun bulanan tidak habis digunakan, anda boleh untuk bawa baki elaun tersebut ke bulan berikutnya dan digunakan bersama-sama dengan elaun bulan berikutnya.

Mohon Juga: Cara Mohon Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500

Lokasi Pembelian Bantuan Barangan Dapur

Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan di 300 lebih pasar raya dan kedai di seluruh Malaysia di bawah:

    1. Mydin
    2. Giant
    3. Econsave
    4. The Store
    5. Pacific
    6. Milimewa
    7. 99 Speedmart
    8. Lotus Stores (Tesco)
    9. Dan kedai runcit terpilih

Kelayakan Bantuan Barangan Dapur RM300

Keluarga yang layak akan dikenalpasti melalui data pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR (Bantuan Prihatin Rakyat). Sekiranya melepasi syarat, mereka layak untuk menerima bantuan PRIHATIN Kasih ini.

SMS dari MyKasih akan diterima oleh keluarga yang layak untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program berserta tarikh dan masa untuk untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Mohon & Semakan Bantuan Barangan Dapur RM300

Anda boleh membuat semakan status kelayakan secara online: klik DISINI

Cara Semak Kelayakan

    1. Layari laman web MyKasih https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
    2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan Captcha yang disediakan.
    3. Masukkan kod Captcha yang dipaparkan.
    4. Klik pada “Semak Status”.
    5. Status anda akan dipaparkan.
    6. Jika layak, anda akan terima sms dari MyKasih untuk mengesahkan status anda sebagai penerima manfaat program ini.

Kenyataan Rasmi

Leave a Comment