Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Akibat banjir tempoh lalu, ramai yang terkesan.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewujudkan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dibawah program yang dikenali sebagai Rumah Kasih Keluarga Malaysia.
Kedua- dua pihak tersebut telah memperuntukkan RM50 juta bagi usaha tersebut di mana kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diagihkan untuk membaik pulih rumah dan RM56,000 (kos bina baharu).
KPKT bertanggungjawab bagi menyediakan bantuan dan kemudahan untuk rumah-rumah (kategori bandar) di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala KLPB pula bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori luar bandar) dan di luar kawasan pentadbiran PBT.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Program Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia?
Program ini ialah inisiatif membaik pulih dan membina semula rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).Terdapat 3 fasa dalam program ini.
- Fasa 1
- Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah.
- Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir
- Fasa 2
- Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri .
- Fasa 3
- Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.
Berapakah Kadar Bantuan Yang Disediakan?
-
- RM15,000 – baik pulih rumah
- RM56,000 – bina baharu rumah (Semenanjung)
- RM68,000 – bina baharu rumah (Sabah & Sarawak)
Bagaimana Cara Memohon Rumah Kasih Keluarga Malaysia?
- Ketua Isi Rumah perlu buat permohonan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.
- Permohonan akan disahkan oleh PKOB
- Permohonan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksana
- Pelantikan Agensi Pelaksanan
- Penyaluran peruntukan akan dibuat melalui KPLB atau Kerajaan Negeri
- Barulah Pembinaan atau pembaikan rumah akan dijalankan
Berapakah Anggaran Jangka Masa Pembaikan / Pembinaan Akan Disiapkan?
- Pembaikan rumah
- Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.
- Pembinaan rumah
- Tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, anda boleh merujuk
- FB rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB): https://www.facebook.com/kplbofficial
- FB Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT): https://www.facebook.com/KPKTMalaysia/