Cara Semak & Mohon Bantuan Awal Persekolahan RM150

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Pembentangan Bajet 2022 pada baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan variasi jenis bantuan yang telah dikaji dengan teliti supaya tidak terlepas pandang segala aspek penting dalam mementingkan kebajikan rakyat terjamin. Antara yang menjadi perhatian ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini sebenarnya sudah lama terdapat dalam perancangan kerajaan setiap tahun .Ia diperkenalkan pada tahun 2012 dan ianya ialah sebuah inisiatif dalam membantu keluarga yang susah bagi persekolahan anak mereka.

Peruntukkan bajet sebanyak RM450 juta disediakan bagi tujuan program BAP tersebut yang bakal memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.

Dibawah ialah butiran penuh mengenai Bantuan Awal Persekolahan BAP.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah Syarat & Kelayakkan Memohon?

    • Merupakan murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/ mykid/ mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara malaysia);
    • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai sebagai pendapatan KASAR bulanan;
    • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Bagaimana Cara Memohon?

    • Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

Berapakah Kadar Bantuan?

Jumlah wang yang akan dibayar ialah sebanyak RM150.00 dan ia jumlah tersebut dinaikkan dari RM100.00 pada tahun sebelumnya.
Wang ini diberikan secara One-Off pada tahun 2022.

Bagaimanakah Kaedah Bayaran Dibuat?

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – klik DI SINI
Atau
Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan info lebih lanjut.
Meskipun bantuan ini tidak sebanyak mana, namun dapat membantu segelintir rakyat yang benar-benar memerlukan.
Pendidikan anak-anak ialah pelaburan dan harta bagi setiap keluarga.
Kongsikan kepada semua. Supaya dapat manfaat ini bersama.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×