Senarai Penyakit Yang Boleh Tuntut Bantuan RM700 One-Off Kerajaan

Pasti ramai yang belum tahu, ada bantuan kewangan jika anda didiagnoskan sakit. Disinilah bantuan kerajaan dapat membantu terutama untuk golongan berpendapatan rendah.

MySalam

MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindugnan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

Perlindungan ini adalah untuk memberikan bantuan dan kemudahan kehidupan kepada mereka yang sedang berhadapan dengan cabaran kewangan yang diselangi dengan penyakit yang dihidapi supaya dapat meneruskan hidup seperti biasa.

Baca juga : Pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 Akan Diperhalusi

Apakah Faedah & Manfaat MySalam?

Di bawah adalah manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak:

    • Akan enerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam masa yang diumumkan
    • Akan menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun

Apakah Kriteria Kelayakan MySalam?

    • Individu berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
    • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan kurang RM 24,000 setahun
    • Individu OKU berumur antara 18 sehingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan kurang RM 24,000

Bagaimana Langkah Melakukan Pendaftaran MySalam?

Sila rujuk panduan di bawah untuk penerimaan bantuan MySalam:

    1. Penerima BSH/BPR akan layak secara automatik, mereka akan terus dimasukkan dalam sistem MySalam
    2. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui pautan MySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/
    3. Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019 lagi
    4. Tetapi, jika anda layak tetapi tidak menerima SMS, anda boleh menghantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938

Apakah Senarai Penyakit Yang Dibenarkan Memohon?

Sekiranya anda atau saudara mara dan kawan-kwan rapat sedang menghidap penyakit di bawah serta merupakan penerima BPR atau MySalam, anda atau pesakit boleh membuat pendaftaran untuk menebus bantuan ini.

    • Alzheimer / Demensia Teruk
    • Kanser
    • Pembedahan Otak
    • Koma
    • AIDS Gejala Penuh
    • Meningtis Bakteria
    • Serangan Jantung
    • Jangkitan HIV
    • Strok / Angin Ahmar
    • HIV
    • Untuk Senarai penuh 45 penyakit Kritikal, Sila tekan pautan KLIK DI SINI

Leave a Comment