YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan inisiatif Bakul Prihatin Negara buat rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID-19 yang berlarutan sehingga kini. Beliau berkata daya usaha ini sebagai tindak balas proaktif terhadap situasi yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini.
Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk melaksanakan Bakul Prihatin Negara iaitu merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat telah diumumkan pada sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Pihak kerajaan terus mengambil berat dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan dengan melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik yang berkonsepkan ‘Whole of Society’ yang melibatkan pihak kerajaan dan syarikat denhan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Portal Info akan kongsikan kepada anda cara untuk memohon bagi setiap keluarga di Malaysia dan maklumat yang lebih lanjut.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: t.me/portalsemakan
Apakah Bakul Prihatin Negara?
Bakul Prihatin Negara merupakan satu usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19. Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Untuk makluman, Bakul Prihatin Negara ini mengandungi barang-barang keperluan asas berikut:
-
- Beras (5 Kg)
- Gula (1 Kg)
- Tepung (2 Kg)
- Bihun (400 Gm)
- Kicap (650 Ml)
- Sardin (230 Gm)
- Biskut
- Kopi
Semua keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.
Mohon Juga: Bantuan Barangan Dapur RM100 Selama 3 Bulan
Cara Mohon
Kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik ini dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, anda boleh mengemukakan permohonan melalui 4 kaedah berikut:
-
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara.
- Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
- Mengemukakan permohonan bantuan melalui Medial Sosial Rasmi (Facebook / Twitter / Instagram / KPWKM dan JKM) atau;
- Hubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima laporan anda seterusnya menyediakan barangan keperluan tersebuat akan dihantar ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.
Muat Turun Borang Permohonan
Anda boleh memuat turun borang dengan klik link di bawah:
-
- Lampiran A: Borang Permohonan
- Lampiran B: Akuan Penerimaan Bakul Prihatin
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon bilik Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang https://www.jkm.gov.my