Anwar Ibrahim Bersuara | Gesa Pengeluaran Simpanan KWSP

Kuala Lumpur | Datuk Seri Anwar Ibrahim atau ketua pembangkang yang disegani telah pun bersuara mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP). Setelah sekian lama, baru beliau tampil untuk bicara tentang kebajikan rakyat dalam mendapatkan hak mereka sedang dilanda keterdesakkan dan tekanan ekonomi.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Benarkan Pengeluaran Wang KWSP Dengan Kadar Segera

Menurut Dato Seri Anwar yang juga Presiden PKR adalah menyatakan bahawa pengeluaran KWSP adalah sangat mustahak dan seharusnya berlaku tanpa sebarang bentuk halangan.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen tu juga mengatakan kerajaan perlu mempedulikan nasib golongan pendapatan rendah yang tidak mencarum.

Pandangan Tengku Zafrul

Beliau sangat keberatan untuk menyokong cita cita mengeluarkan wang KWSP kerana bimbang akan simpanan masa tua rakyat dimasa hadapan. Meskipun beliau sedari tindakan tidak membenarkan pengeluaran Wang KWSP ini kurang mendapat sambutan, beliau yakin ini jalan terbaik.

“Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP.

“Namun, setelah berbulan berlalu, nampaknya kerajaan dan Menteri Kewangan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) tidak mempedulikan desakan ini. Bilangan rakyat yang mengeluh kepada saya terus meningkat.

Keluhan Rakyat Yang Terdesak

“Dan saya terus mendengar keluhan di kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan menekan, terutamanya dalam jelajah saya di seluruh Johor yang sedang berlangsung,” katanya.

Anwar menjelaskan gesaan itu dibuat setelah mengambil maklum desakan di kalangan rakyat yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melunaskan harapan rakyat agar dapat mengeluarkan Wang KWSP yang bernilai RM10,0000.

Mengapakah Kerajaan Bimbang Dengan Pencarum

Pm berkata, kerajaan telah menyediakan dana bantuan yang cukup demi membantu rakyat seluruh negara pada waktu ini. Maka itu tiada keperluan untuk meluluskan impian ini.
Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, pasti golongan akan jatuh miskin setelah bersara.

Leave a Comment