Belanjawan 2022 | Inisiatif Untuk Anak Yatim Mangsa Covid-19

Belanjawan 2022 | Inisiatif Untuk Anak Yatim Mangsa Covid-19

Terdapat sebuah kisah benar yang berlaku apabila beberapa adik adik yang kehilangan kedua ibu bapa mereka akibat covid-19 . Kisah tersebut diceritakan oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zaftul Aziz sendiri sewaktu membentang bajet belanjawan 2022.

Berdasarkan kisah tersebut kerajaan sangat bersimpati terhadap anak anak yatim yang menghadapi masalah yang sama.

Kredit – Kosmo

Matlamat Bajet 2022

Bajet 2022 mengutamakan jenis bantuan seperti perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.

Bukan itu saja, teras utama dalam bajet 2022 ini memfokuskan pada 3M iaitu :

    • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
    • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
    • Memangkin Pembaharuan

Peruntukkan untuk bajet 2022 akan dinaikkan berbanding bajet 2021 . Setelah memperincikan matlamat dalam memelihari kebajikan rakyat , kerajaan akan menampilkan beberapa penambahbaikkan dan pengenalan kepada bantuan dan inisiatif baru.

Apakah Inisiatif Anak Anak Yatim Mangsa Covid-19?

Atas keprihatinan kerajaan terhadap insan seperti anak-anak kecil yang mengalami kehilangan itu , kerajaan telah memperuntukkan RM25 Juta untuk semua anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa akibat wabak Covid-19.

Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:

Semoga belanjawan 2022 kali ini memberi manfaat untuk semua rakyat Malaysia.

Kongsikan kepada rakan ,kenalan dan keluarga.

Leave a Comment