Pernah tak anda tersalah send email sedangkan banyak kesalahan dan paling teruk sekali itu email peribadi terhantar pulak pada bos!!
Alamak!
Relaks! Sekarang ni ada pelbagai cara untuk padam semula mesej yang anda hantar.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Jom kita tengok kaedah yang mana boleh menyelamatkan anda atau bahasa mudahnya untuk memadam mesej atau email yang dah dihantar.
Yahoo
Setakat ini tiada cara untuk unsend emel yang telah dihantar kepada penerima ketika mengunakan Yahoo Email.
Anda cuma boleh padam melalui folder “Sent” anda sendiri akan tetapi penerima sudah mendapat email tersebut.
Gmail
- Sesudah anda menghantar e-mel, cari pop timbul Mesej dihantar yang akan muncul di sebelah kiri bawah skrin anda.
- Anda akan melihat beberapa pilihan untuk “Undo” atau “View message”.
- Klik “Undo”.
- Mesej akan dibatalkan penghantaran dan anda diminta untuk menulis semula mesej akan muncul di bahagian bawah sebelah kanan skrin.
Untuk makluman lanjut mengenai perkara ini, sil layari laman Gmail Help.
Outlook
Outlook.com juga menyimpan emel untuk tempoh masa tertentu sebelum menghantarnya dan anda boleh memadamnya.
Untuk website ini button Undo tidak dipasang secara automatik. Maknanya anda harus mengaktifkan fungsi “Undo Send”
-
- Klik pada Settinggs atau “Tetapan” (ikon roda gigi)
- Klik “View all Outlook Settings” atau “Lihat semua Tetapan Outlook”
- Klik “Mail” atau “Mel”
- Tatal ke “Undo send” atau “Batalkan penghantaran”
- Gerakkan peluncur dari 0 hingga 10 saat
Cara batalkan penghantaran emel ialah cari kotak “Undo” dalam kotak “Sending” di bahagian bawah tetingkap Outlook.com dan klik padanya.
Emel yang baru anda hantar akan dibuka semula dan ia akan disimpan ke folder “Draf” anda.