Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan khas kewangan ini dianggap sebagai satu langkah telus daripada kerajaan demi menghadapi kemungkinan jika berlakunya kesan daripada penyuntikan vaksin.
Walaupun begitu, dana ini bukanlah untuk memberikan imej bahawa vaksin ini adalah buruk akan tetapi meraih kepercayaan rakyat Malaysia kepada Program Immunisasi C19 Kebangsaan, seperti yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia.
Kerajaan telah peruntukkan RM 10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang berada dibawah penguat kuasaan NADMA.
Kerajaan masih berharap supaya rakyat sukarela menerima vaksin demi mengekang penyebaran wabak virus baru yang menganas ketika ini.
Apa itu Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19?
RM50,000
-
- Mempunyai kesan sampingan yang serius dan
- Memerlukan rawatan berpanjangan dihospital.
RM500,000
-
- Hilang upaya kekal.
- Kematian disebabkan vaksin COVID-19.
Permohonan & Penilaian
- Jawatankuasa Farmakovigilans Khas – memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin.
- Jawatankuasa Teknikal Perubatan – menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin’
- Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 – memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.
Bagaimana Cara Melaporkan Kesan Sampingan Vaksin Covid-19?
Anda perlu mengunakan Aplikasi Mysejahtera
Langkah 1: Klik pada “Clik here to report symptoms after vaccination”.
Langkah 2: Jawab beberapa soalan yang diajukan.
Langkah 3: Klik hantar.
Apakah Syarat Permohonan Pampasan?
- Warganegara Malaysia.
- Menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
- Mengalami kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin.
Bagaimana Langkah Permohonan Pampasan?
- Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19.
- Laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit.
- AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima vaksin.
- Bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan.
- Permohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan.
- Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 di alamat seperti berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)
Nombor Telefon: 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115
E-mel: bkkvaksincovid19@moh.gov.my
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau hubungi talian 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115.