11 Skim Bantuan Yang Masih Tersenarai Dalam JKM 2021 Dengan Jumlah Bantuan Yang Dinaikkan

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Dalam Belanjawan 2021 sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan kadar bantuan JKM dalam beberapa kategori seperti berikut.

    • Kadar bantuan orang kelainan upaya (OKU) tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
    • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar pula dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
    • Kadar Elaun Pekerja OKU pula dinaikkan daripada RM400 kepada RM450
    • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga

Kajian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan menemui dapatan dimana Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK Nasional meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

“Ini bermakna, lebih 400,000 isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini tergolong dalam kategori miskin,” kata Tengku Zafrul.

Jika anda antara individu yang tergolongan dalam kategori ini, anda boleh memohon.

Apa Itu Bantuan JKM?

Bantuan JKM ialah perkhidmatan bagi meringankan beban kewangan kumpulan sasaran agar dapat melangsungkan kehidupan dengan lebih sempurna.

11 Jenis Bantuan JKM Yang Masih Boleh Dimohon

Semua permohonan perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan adalah mengikut kepada setiap jenis bantuan berikut:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

Bagaimana Untuk Memohon Bantuan JKM Secara Online & Manual

i) Permohonan Manual

Permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.

ii) Permohonan Online

Mohon Bantuan JKM secara online melalui eBantuan JKM di pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

Klik Daftar dan isikan maklumat dengan lengkap.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :

    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
    • Salinan penyata gaji (jika ada),
    • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

*Penting: Setiap permohonan yang didaftarkan akan dinilai (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagaimana Mendapatkan Borang Permohonan Bantuan JKM?

Sila download borang lampiran untuk memohon:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila hubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×